ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

Malaysia

Kerajaan Digesa Lanjutkan Laporan RCI Tabung Haji Tempoh 2021 Hingga 2026

KUALA NERUS – Kerajaan digesa melanjutkan skop laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2021 hingga 2026, dan tidak terhad kepada tempoh 2014 hingga 2020.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata penjualan dan pembelian aset TH turut berlaku dalam tempoh 2021 hingga 2026, justeru wajar turut diteliti dalam siasatan berkenaan.

Beliau berkata UMNO menyokong sekiranya kerajaan memutuskan untuk mendedahkan laporan RCI TH dengan skop yang dilanjutkan sehingga tahun ini.

“UMNO akan bincang mengenai isu pendedahan laporan RCI TH pada mesyuarat MKT pada Jumaat depan.

“Kita juga akan turut membincangkan pelbagai isu terutama pendirian parti untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Penyerahan Perdana Projek Siap Mendahului Jadual (AOT) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Jembal yang disempurnakan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di sini hari ini.

Ahmad berkata desakan supaya laporan RCI TH turut merangkumi tempoh 2021 hingga 2026 antara perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat MKT UMNO Jumaat depan.

Mengulas desakan supaya Ahli Parlimen digantung atau dipecat daripada Kerajaan Perpaduan, beliau berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan pendirian untuk meneruskan kerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sehingga tamat penggal pentadbiran kerajaan.

Beliau berkata semua Ahli Parlimen UMNO dan BN telah menandatangani perjanjian untuk menyokong Kerajaan Perpaduan sehingga berakhirnya penggal.

“Jika Anwar mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan tahun ini atau tahun depan, maka berakhirlah kerjasama antara UMNO dan BN bersama Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *