Home / Terkini / UJIAN MYSIREN BERMULA, TELEFON BIMBIT ORANG RAMAI TERIMA NOTIFIKASI KECEMASAN

UJIAN MYSIREN BERMULA, TELEFON BIMBIT ORANG RAMAI TERIMA NOTIFIKASI KECEMASAN

KUALA LUMPUR – Orang ramai mula menerima notifikasi kecemasan menerusi ujian Sistem Amaran Awal Nasional (MySiren) yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negara pada pagi Ahad.

Ujian yang berlangsung dari jam 10.10 pagi hingga 10.30 pagi itu bertujuan menilai keupayaan MySiren dalam menyalurkan notifikasi kecemasan kepada telefon bimbit pengguna dengan pantas.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil turut hadir meninjau pelaksanaan ujian berkenaan di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Kampung Pulau Meranti.

MySiren merupakan sistem amaran awal negara yang dibangunkan bagi menyampaikan maklumat kepada orang ramai ketika berlaku kecemasan. Melalui sistem ini, masyarakat dapat menerima amaran lebih awal dan mengambil tindakan segera bagi melindungi nyawa serta harta benda.

Ujian nasional ini merupakan sebahagian daripada usaha menilai keberkesanan penyampaian amaran kepada telefon bimbit sebelum sistem berkenaan digunakan bagi membantu orang ramai menghadapi situasi kecemasan sebenar.

Sumber/ Foto : BERNAMA

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *