NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

Malaysia

Rakyat Malaysia Maut Dalam Insiden Runtuhan Bangunan Di Filipina

PUTRAJAYA – Kementerian Luar Negeri Malaysia mengesahkan seorang rakyat Malaysia meninggal dunia dalam kejadian runtuhan bangunan di bandar Angeles, utara Manila, Filipina kelmarin.

Menerusi kenyataan hari ini, Wisma Putra memaklumkan waris terdekat mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian itu, manakala Kedutaan Besar Malaysia di Manila sedang menyalurkan bantuan konsular kepada keluarga mangsa termasuk urusan pengendalian jenazah.

“Kementerian dengan penuh dukacita mengesahkan seorang lagi warga Malaysia yang terjejas dalam insiden itu telah meninggal dunia.

“Kementerian turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Dalam perkembangan sama, kementerian memaklumkan seorang lagi rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden berkenaan disahkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut kenyataan itu, Kedutaan Besar Malaysia di Manila turut memberikan bantuan konsular sewajarnya kepada individu terbabit.

“Kementerian juga menzahirkan penghargaan kepada pihak berkuasa Filipina atas bantuan dan kerjasama yang diberikan dalam mengendalikan insiden ini.

“Kementerian Luar Negeri kekal komited untuk terus menjaga kebajikan serta keselamatan rakyat Malaysia di luar negara,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *