Home / Malaysia / PUSAT PEMULIHAN DICEROBOH, SEKUMPULAN INDIVIDU BAWA KELUAR PENGHUNI TANPA KEBENARAN

PUSAT PEMULIHAN DICEROBOH, SEKUMPULAN INDIVIDU BAWA KELUAR PENGHUNI TANPA KEBENARAN

SHAH ALAM – Polis sedang menyiasat kejadian pencerobohan sebuah pusat pemulihan persendirian yang terletak di Bukit Kuda, Klang, selepas sekumpulan individu dipercayai membawa keluar beberapa penghuni tanpa kebenaran pihak pengurusan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima laporan daripada pemilik pusat berkenaan pada 28 Oktober lalu.

Menurut beliau, sekumpulan lelaki dan wanita tidak dikenali dipercayai hadir ke premis tersebut sebelum membawa keluar beberapa penghuni pusat pemulihan berkenaan.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan jenayah.

Sebelum ini, kejadian berkenaan turut menjadi perhatian selepas video berdurasi 38 saat memaparkan insiden di pusat pemulihan itu tular di media sosial.

Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta menjejaskan ketenteraman awam.

Sumber : BERNAMA

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *