ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

MalaysiaTerkini

Lelaki acu pisau pemotong daging di stesen minyak ditahan

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki berusia 55 tahun ditahan polis selepas dipercayai mengacukan pisau pemotong daging terhadap seorang penghantar makanan di sebuah stesen minyak di Jalan Pasir Panjang, di sini.

Suspek ditahan kira-kira jam 10 malam di kediamannya di Kampung Nibung, selepas kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 4.30 petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor, berkata kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek yang mendakwa mangsa lambat mengisi minyak.

Menurut beliau, mangsa yang berusia 26 tahun sedang mengisi minyak sebelum didatangi suspek yang menaiki motosikal.

Suspek kemudian dikatakan menjerit dan memarahi mangsa kerana mendakwa proses mengisi minyak mengambil masa terlalu lama.

“Suspek yang berang kemudiannya mengambil pisau pemotong daging dari bakul motosikal sebelum mengacukannya ke arah mangsa.

“Mangsa yang ketakutan melarikan diri sebelum membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Hasil pemeriksaan air kencing, suspek didapati positif methamphetamine.

Polis turut mendapati lelaki itu mempunyai 15 rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan berkaitan dadah, mencuri serta menyerang menggunakan senjata berbahaya.

Suspek kini direman selama empat hari bermula Isnin hingga 13 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, video berdurasi 23 saat memaparkan kejadian berkenaan tular di media sosial, menunjukkan seorang lelaki mengacukan pisau ke arah penghantar makanan ketika mangsa sedang mengisi minyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *