ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

Malaysia

PM Mohon Maaf Tak Dapat Hadir Sidang Khas Bahas RCI Tabung Haji

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dalam proses pemulihan akan mengikuti secara dekat perbahasan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat hari ini.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Anwar memohon maaf kerana tidak dapat hadir pada sidang khas berkenaan serta mendoakan agar persidangan berjalan lancar.

“Perdana Menteri memohon maaf kerana tidak dapat bersama dalam sidang khas bagi membahaskan Laporan RCI TH dan mendoakan agar persidangan berjalan lancar.

“Beliau akan mengikuti perbahasan secara dekat demi memastikan amanah institusi umat Islam ini terus dipelihara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Tunku Nashrul, Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan dan keafiatan beliau serta atas ingatan dan ucapan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-79 semalam.

“Alhamdulillah, keadaan kesihatan Perdana Menteri semakin baik dan beliau akan terus menjalani rawatan fisioterapi di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Perdana Menteri sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan pasukan pakar perubatan dan dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.

Semalam, Ketua Pasukan Perubatan kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Asri Ranga Abdullah Ramaiah memaklumkan Anwar selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut atau para-umbilical hernia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *