SEPANG – Kajian kebolehlaksanaan untuk membawa semula perlumbaan Formula Satu (F1) ke Malaysia dijangka dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada minggu ketiga atau penghujung November ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif, berkata kajian itu akan menilai kos penganjuran, kesiapsiagaan litar, kemudahan infrastruktur serta potensi pulangan ekonomi sebelum sebarang keputusan dibuat kerajaan.
Menurut beliau, SIC turut bekerjasama dengan Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta sektor swasta bagi mendapatkan maklumat berkaitan.
Bagaimanapun, berdasarkan perbincangan awal dengan pemegang hak komersial F1, slot penganjuran yang berpotensi untuk Malaysia hanya dijangka tersedia mulai 2029.
SIC juga akan meneliti mekanisme cukai bagi memastikan aktiviti ekonomi berkaitan perlumbaan dapat memberi pulangan kepada kerajaan serta membantu menampung sebahagian kos pelaburan.
Malaysia kali terakhir menjadi tuan rumah GP Malaysia secara rasmi pada 2017, sebelum Sepang kembali menganjurkan perlumbaan F1 menerusi GP Bahrain 2026.
Sumber: BERNAMA









