Home / Teknologi & Digital / INSTAGRAM AKHIRNYA BENARKAN PENGGUNA UBAH STORIES SELEPAS POSTING

INSTAGRAM AKHIRNYA BENARKAN PENGGUNA UBAH STORIES SELEPAS POSTING

MENLO PARK – Instagram memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menyunting Instagram “Stories” selepas diterbitkan dalam tempoh 15 minit tanpa perlu memadam dan memuat naik semula kandungan.

Menerusi kemas kini itu, pengguna boleh membetulkan kesilapan pada teks, menukar muzik serta mengubah pelekat (sticker) dan lukisan yang telah dimuat naik.

Untuk menggunakan fungsi tersebut, pengguna hanya perlu membuka “Stories” yang telah diterbitkan, menekan menu tiga titik pada bahagian bawah kanan dan memilih pilihan “Edit Story“.

Menariknya, suntingan yang dilakukan tidak akan menghilangkan jumlah tontonan, tanda suka atau balasan yang telah diterima pada “Stories” asal. Kandungan yang diubah turut akan dipaparkan dengan label “Edited” bagi memaklumkan penonton bahawa hantaran berkenaan telah disunting.

Selain fungsi suntingan, Instagram turut memperkenalkan beberapa penambahbaikan lain termasuk pilihan pelekat baharu, kemudahan memilih beberapa gambar serentak serta pilihan latar belakang yang lebih pelbagai.

Kemas kini ini memberi kemudahan kepada pengguna, khususnya pencipta kandungan dan pengurus media sosial, untuk membetulkan kesilapan kecil selepas sesuatu hantaran diterbitkan tanpa kehilangan interaksi sedia ada.

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *