Home / Teknologi & Digital / LIPUTAN 5G MALAYSIA CECAH 90 PERATUS, CAPAI SASARAN 9 BULAN LEBIH AWAL

LIPUTAN 5G MALAYSIA CECAH 90 PERATUS, CAPAI SASARAN 9 BULAN LEBIH AWAL

DOHA – Liputan rangkaian 5G kedua negara mencecah 90 peratus pada Oktober lalu, sembilan bulan lebih awal daripada jadual, sekali gus menandakan kemajuan Malaysia dalam memperluas infrastruktur telekomunikasi menerusi model dwirangkaian 5G.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pencapaian itu bertujuan meningkatkan persaingan, menggalakkan pelaburan serta menambah baik kualiti perkhidmatan telekomunikasi negara.

Beliau berkongsi perkembangan berkenaan ketika berucap pada Forum Panel Menteri Kepimpinan Digital sempena Mobile World Congress (MWC) Doha 2026 pada 8 November.

Selain itu, menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang dilaksanakan sejak 2020, kira-kira 10.12 juta premis telah diliputi rangkaian gentian optik setakat Julai 2026.

Bagaimanapun, Fahmi menegaskan pembangunan infrastruktur digital bukan sekadar tertumpu kepada peluasan liputan, malah perlu mengambil kira kualiti perkhidmatan, kemampuan pengguna melanggan serta daya tahan rangkaian.

Usaha turut dilaksanakan melalui perkongsian infrastruktur dan kerangka Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) bagi memperluas akses telekomunikasi, khususnya kepada komuniti yang kurang mendapat liputan.

Fahmi berada di Doha bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Plenipotensiari Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU PP-26), selain membawa misi mempertahankan kerusi Ahli Majlis ITU bagi penggal 2027 hingga 2030.

Sumber : BERNAMA

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *