Home / Malaysia / “Yang Tegur Itu Warak-Warak Tak Pernah Dengar Lagu” – Anwar

“Yang Tegur Itu Warak-Warak Tak Pernah Dengar Lagu” – Anwar

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kehadirannya pada Konsert Tradisional Gema Bumantara Datuk Seri Siti Nurhaliza di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini adalah atas jemputan khas penyanyi tersebut dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Anwar berkata, pasangan berkenaan bersungguh-sungguh memintanya meluangkan masa untuk hadir, walaupun beliau mengakui dirinya bukan peminat tegar Siti Nurhaliza. Penjelasan itu dibuat ketika sesi di Dewan Rakyat pada Selasa.

Mengulas kritikan yang timbul susulan kehadirannya, Anwar menyindir pihak yang menegur dengan merujuk kepada golongan yang disifatkannya sebagai “warak-warak” dan berkata beliau turut meminati muzik, termasuk lagu Melayu, Inggeris serta Hindustan.

Beliau turut mempertahankan nilai persembahan berkenaan yang mengetengahkan warisan seni dan budaya tempatan. Antara elemen yang diketengahkan termasuk wayang kulit, tarian tradisional serta kebudayaan Sabah dan Sarawak.

Kehadiran Anwar pada konsert 18 Oktober lalu menjadi perhatian selepas beliau dilihat terus menyaksikan persembahan walaupun hujan, dengan memakai baju hujan. Konsert itu dilaporkan dihadiri kira-kira 63,000 peminat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Foto : FB Anwar Ibrahim

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *