KUALA LUMPUR – Aktivis Badrul Hisham Shaharin, atau lebih dikenali sebagai Chegubard, dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan fitnah jenayah berkaitan kenyataan terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan menaikkan jumlah jaminannya kepada RM5,000.
Chegubard didakwa pada 29 April 2024 mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan berhubung kenyataan yang dibuat pada 22 Januari tahun sama.
Beliau sebelum ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen pada 2025, namun Mahkamah Tinggi kemudian memerintahkannya membela diri.









