Home / Malaysia / DuitNow QR Kini Boleh Digunakan di Lima Destinasi Luar Negara

DuitNow QR Kini Boleh Digunakan di Lima Destinasi Luar Negara

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia kini boleh menggunakan aplikasi perbankan tempatan untuk membuat pembayaran melalui DuitNow QR di lima destinasi luar negara, iaitu China, Hong Kong, Korea Selatan, Filipina dan Laos.

Kemudahan hasil kerjasama Payments Network Malaysia (PayNet) dengan Alipay+ itu membolehkan pengguna membayar di premis peniaga terpilih tanpa perlu memuat turun aplikasi baharu atau membuka akaun Alipay+.

Buat masa ini, tiga bank yang menawarkan kemudahan tersebut ialah Maybank, CIMB dan Hong Leong Bank, manakala Bank Islam dijangka menyusul tidak lama lagi.

Pengguna hanya perlu membuka fungsi DuitNow QR dalam aplikasi perbankan masing-masing, mengimbas kod QR peniaga yang memaparkan logo Alipay+, kemudian menyemak dan mengesahkan pembayaran melalui aplikasi yang sama.

Menurut PayNet, kemudahan ini merupakan sebahagian daripada usaha memperluas pembayaran rentas sempadan yang lebih mudah dan selamat. Perkhidmatan itu juga akan diperluas secara berperingkat ke lebih banyak destinasi dan penyedia pembayaran pada masa hadapan.

Sumber : UTUSAN

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *