ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

Politik

“Saya Mahu Bawa Mereka Pulang ke Johor” – Janji Dr. Maszlee Malik

JOHOR BAHRU: Calon Pakatan Harapan bagi DUN Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik meletakkan agenda ekonomi berpendapatan tinggi sebagai antara tawaran utama beliau kepada rakyat Johor menjelang PRN Johor.

Menurut Maszlee, Johor memerlukan pelaburan yang lebih strategik dan bukan sekadar pembangunan yang tertumpu di kawasan tertentu sahaja. Beliau berkata, peluang pekerjaan dengan gaji lebih baik mampu menjadi faktor penting untuk membawa pulang anak-anak Johor yang kini bekerja di luar negeri dan luar negara.

Maszlee berkata, ramai anak Johor terpaksa mencari rezeki di tempat lain termasuk Kuala Lumpur dan Singapura kerana peluang kerja serta tawaran pendapatan yang lebih baik. Justeru, beliau mahu Johor menjadi negeri yang mampu menawarkan masa depan ekonomi lebih kukuh kepada rakyatnya sendiri.

Selain ekonomi, bekas Menteri Pendidikan itu turut menekankan agenda pendidikan, kebajikan rakyat, perumahan mampu milik untuk anak muda serta kemudahan taska komuniti dan taska di tempat kerja bagi membantu lebih ramai wanita menyertai pasaran pekerjaan.

Maszlee turut menyentuh kepentingan pembangunan seimbang di seluruh Johor, bukan hanya tertumpu di Johor Selatan. Katanya, kemajuan negeri perlu dirasai oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira daerah atau latar belakang.

Dalam PRN Johor kali ini, Maszlee berdepan saingan lima penjuru di DUN Puteri Wangsa melibatkan calon Barisan Nasional, MUDA, Parti Bersama Malaysia dan seorang calon Bebas.

Kerusi Puteri Wangsa menjadi antara kawasan tumpuan kerana sebelum ini dimenangi MUDA menerusi Amira Aisya Abd Aziz pada PRN Johor 2022.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *