Home / Malaysia / SPRM Belum Kesan Unsur Rasuah Dalam Pelaburan KWAP di eFishery

SPRM Belum Kesan Unsur Rasuah Dalam Pelaburan KWAP di eFishery

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menjalankan siasatan berhubung pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat teknologi akuakultur Indonesia, eFishery, namun setakat ini masih belum menemukan unsur jenayah melibatkan rasuah atau penyelewengan.

Menurut Kementerian Kewangan (MoF), KWAP turut bekerjasama dengan pihak berkuasa dan konsortium pelabur bagi mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang bertanggungjawab. Usaha mendapatkan semula nilai pelaburan juga sedang dilaksanakan melalui saluran yang bersesuaian.

Jumlah pelaburan KWAP dalam eFishery dilaporkan sebanyak RM163.4 juta, bersamaan kira-kira 2.51 peratus pegangan saham syarikat itu. MoF menjelaskan pelaburan berkenaan melalui proses penilaian dan tadbir urus, termasuk usaha wajar bebas serta penelitian aspek kewangan, perundangan dan operasi.

Bagaimanapun, eFishery kemudiannya didapati terlibat dalam manipulasi kewangan yang disengajakan serta penyelewengan fakta dalam laporan kewangannya. Siasatan SPRM masih berjalan dan ketiadaan penemuan unsur rasuah setakat ini tidak bermaksud siasatan telah ditutup.

Sumber : BERNAMA

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *