Home / Malaysia / TRAGEDI LORI HEMPAP MPV : DUA BERADIK BERKERUSI RODA LAMBAI JENAZAH IBU BAPA BUAT KALI TERAKHIR

TRAGEDI LORI HEMPAP MPV : DUA BERADIK BERKERUSI RODA LAMBAI JENAZAH IBU BAPA BUAT KALI TERAKHIR

BATU PAHAT – Suasana pilu menyelubungi Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat apabila dua beradik yang terselamat dalam nahas lori menghempap MPV melambaikan tangan ke arah van jenazah yang membawa pergi ibu bapa mereka buat selama-lamanya.

Dua beradik itu, Muhammad Adam, 8, dan Hasya Fahira Zulkifli, 11, dibawa turun dari wad menggunakan kerusi roda selepas mengalami kecederaan di kepala, luka serta melecur pada kaki dalam kejadian berkenaan.

Dengan bantuan dua jururawat, mereka dibawa ke Jabatan Forensik untuk menatap wajah terakhir ibu bapa mereka, Mohd Hardi Mohd Husin, 46, dan Tengku Syafirana Tengku Abdullah, 44, yang maut dalam nahas tersebut.

Hasya Fahira dilihat menitiskan air mata sambil beberapa kali mengucup jenazah kedua-dua ibu bapanya sebelum adiknya turut melakukan perkara sama.

Pasangan suami isteri itu maut selepas MPV yang dinaiki bersama dua anak mereka dihempap sebuah lori membawa muatan tar di Kilometer 8.5, Jalan Yong Peng-Muar, berhampiran Parit Yaani, pada tengah hari Ahad.

Siasatan awal mendapati lori berkenaan dipercayai terbabas selepas tayarnya pecah sebelum menghempap MPV yang berada di laluan bertentangan.

Jenazah pasangan itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Parit Maimon, Parit Sulong pada jam 11.45 malam Ahad.

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *