Sultan Brunei rombak Kabinet, Pengiran Muda Abdul Mateen dilantik Menteri Luar
PUTERA DIRAJA BRUNEI, ABDUL MATEEN DILANTIK MENTERI LUAR DALAM ROMBAKAN KABINET
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jun – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan rombakan Kabinet dengan melantik dua puteranya ke jawatan menteri, termasuk Pengiran Muda Abdul Mateen sebagai Menteri Hal Ehwal Luar.
Dalam rombakan tersebut, putera kedua baginda, Pengiran Muda Abdul Malik dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, manakala Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah kekal sebagai Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.
Sultan Hassanal Bolkiah, 79, akan terus memegang portfolio Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan. Pelantikan baharu itu berkuat kuasa mulai 4 Jun bagi tempoh empat tahun.
Rombakan ini merupakan yang pertama sejak 2022 dan dilihat sebagai antara perubahan terbesar dalam pentadbiran Brunei sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
