Home / Sukan / Selangor Tuntut Pampasan FIFA Susulan Kecederaan Faisal Halim

Selangor Tuntut Pampasan FIFA Susulan Kecederaan Faisal Halim

SHAH ALAM – Selangor FC akan mengemukakan tuntutan pampasan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) susulan kecederaan yang dialami pemain kebangsaan, Faisal Halim, ketika mewakili Harimau Malaya dalam kempen Piala ASEAN FIFA 2026 bulan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon berkata pihak kelab sedang mengumpulkan dokumen yang diperlukan bagi menyokong tuntutan berkenaan memandangkan kejohanan itu berlangsung dalam kalendar rasmi FIFA.

Menurut beliau, kecederaan tersebut berpotensi menyebabkan Selangor kehilangan khidmat pemain berusia 28 tahun itu sehingga Januari 2027.

Johan berkata, proses pemulihan Faisal menunjukkan perkembangan positif, namun pemain itu mengalami koyakan otot yang agak serius. Beliau menjangkakan Faisal mungkin dapat kembali menyertai latihan dan perlawanan dalam tempoh dua hingga tiga bulan, dengan Januari dianggap sebagai sasaran paling selamat untuk kembali beraksi.

Kecederaan itu turut menyaksikan Faisal terpaksa melupakan baki perlawanan Malaysia menentang Singapura dan Vietnam dalam kejohanan berkenaan. Beliau juga dijangka terlepas panggilan kebangsaan bagi perlawanan menentang China dan Yemen pada bulan hadapan.

Ketua jurulatih, Kim Pan-gon, turut melahirkan rasa sedih terhadap perkembangan itu dan berharap Faisal segera pulih.

Sumber : Astro Arena

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *