KUALA LUMPUR, 26 OKTOBER – Hasrat skuad Harimau Malaya Bawah 15 Tahun (B-15) untuk menamatkan saingan Kumpulan H di kedudukan teratas Festival dan Piala Dunia B-15 FIFA 2026 tidak kesampaian selepas tewas 0-1 kepada Mexico di Baku, Azerbaijan.
Kekalahan itu menyaksikan Malaysia menamatkan saingan kumpulan di tempat kedua, sekali gus gagal mengungguli Kumpulan H.
Sebelum ini, skuad negara membuka kempen dengan kemenangan 3-1 ke atas Dominica, diikuti aksi menentang Syria dan Ethiopia dalam saingan kumpulan.
Kejohanan yang berlangsung dari 24 hingga 30 Oktober itu menghimpunkan pasukan dari pelbagai negara dengan kedudukan akhir kumpulan menentukan laluan ke peringkat seterusnya.
Sumber: BERNAMA









