Home / Semak Fakta / OPERASI UKUR SEMPADAN MALAYSIA-INDONESIA DI SABAH BERJALAN LANCAR

OPERASI UKUR SEMPADAN MALAYSIA-INDONESIA DI SABAH BERJALAN LANCAR

KOTA KINABALU – Operasi penandaan dan pengukuran sempadan darat Malaysia-Indonesia di kawasan Sungai Sinapad-Sungai Sesai, Sabah, berjalan lancar hasil kerjasama teknikal kedua-dua negara.

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Sabah memaklumkan operasi itu melibatkan kawasan Masalah Sempadan Tertangguh (OBP).

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, turut meninjau pelaksanaan tugas pasukan ukur di Tanda Sempadan B2787, daerah Pensiangan dan Nabawan.

Operasi berkenaan berdepan cabaran rupa bumi berbukit, hutan tebal serta keperluan ukuran yang tepat bagi memastikan penentuan titik sempadan dilakukan tanpa ralat teknikal.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah mencabut tanda sempadan lama susulan persetujuan persempadanan Malaysia-Indonesia yang dimuktamadkan pada 18 Februari 2025.

Operasi itu diterajui Bahagian Pemetaan Topografi Sabah di bawah JUPEM dengan kerjasama pasukan ukur Indonesia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), agensi sokongan dan komuniti setempat.

Sumber: BERNAMA / Astro AWANI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *