Home / Malaysia / RUMAH NAJIB DI LANGGAK DUTA RASMI DIISYTIHAR SEBAGAI PENJARA

RUMAH NAJIB DI LANGGAK DUTA RASMI DIISYTIHAR SEBAGAI PENJARA

KUALA LUMPUR – Kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur secara rasmi diisytiharkan sebagai sebuah penjara menerusi Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 6 November 2026.

Pengisytiharan itu dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menggunakan kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Penjara 1995 [Akta 537].

Warta berkenaan meliputi keseluruhan bangunan serta kawasan tanah seluas 4,558.975 meter persegi di alamat No. 11, Jalan Langgak Duta. Pengisytiharan tersebut berkuat kuasa pada tarikh dokumen berkenaan dimeterai.

Perkembangan itu berlaku ketika pelaksanaan tahanan rumah Najib masih ditangguhkan sementara oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi membolehkan penelitian dan penjelasan lanjut dibuat berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat serta kesan Perintah Pelepasan.

AGC turut memaklumkan Najib perlu kekal di tempat tahanannya ketika ini sepanjang tempoh penangguhan, tertakluk kepada kuasa dan arahan pihak berkuasa berkaitan.

Sebelum ini, Najib dilaporkan telah menjelaskan denda RM50 juta yang dikenakan dalam kes SRC International, antara syarat pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong pada 18 September lalu.

Foto : Harian Metro

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *