Home / Malaysia / RM55 JUTA DIPERUNTUKKAN, 22KM LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG BAKAL DIBINA DI KL

RM55 JUTA DIPERUNTUKKAN, 22KM LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG BAKAL DIBINA DI KL

KUALA LUMPUR – Berita baik buat warga kota! Sebanyak RM55 juta diperuntukkan bagi membina laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang 22 kilometer di seluruh kawasan Parlimen Kuala Lumpur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, projek itu akan dilaksanakan menerusi perbelanjaan mengurus Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan dijangka bermula seawal Januari 2027.

Menerusi projek berkenaan, setiap kawasan Parlimen di ibu negara akan menerima laluan sepanjang dua kilometer. Pembinaannya pula dijangka siap menjelang suku ketiga tahun depan.

Laluan tersebut akan menghubungkan kawasan kediaman dengan pelbagai kemudahan penting seperti pusat komersial, perhentian bas, klinik kesihatan, kemudahan awam dan rumah ibadat.

Bukan itu sahaja, DBKL turut merancang untuk membina tambahan 20 kilometer laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan pusat bandar. Laluan ini akan menghubungkan kemudahan pengangkutan awam dengan pusat komersial, kompleks pejabat serta kawasan rekreasi termasuk Taman Botani dan Taman Tasik Titiwangsa.

Menurut Hannah, projek baharu itu merupakan kesinambungan usaha DBKL yang sebelum ini membina laluan pejalan kaki berbumbung di 29 lokasi dengan jarak keseluruhan 4.35 kilometer sejak 2023.

Buat masa ini, tiada laluan pejalan kaki baharu sedang dibina. Bagaimanapun, pelaksanaan projek yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 itu dijangka memperluas kemudahan pejalan kaki dan memudahkan pergerakan warga kota.

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *