ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

Malaysia

Mayat Ditemui Dalam Ruang Tayar Pesawat Di KLIA2

KUALA LUMPUR – Mayat seorang individu yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan dalam ruang simpanan tayar sebuah pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA Terminal 2) hari ini.

Mayat berkenaan ditemukan kira-kira 6.55 pagi dalam ruang simpanan tayar pesawat yang tiba dari Tokyo, Jepun, pada kira-kira 6.30 pagi.

Difahamkan, mayat yang berpakaian seluar jeans dan baju putih itu ditemukan oleh kakitangan kejuruteraan ketika menjalankan pemeriksaan serta membuka ruang simpanan tayar pesawat berkenaan.

Kakitangan terbabit dilaporkan terhidu bau busuk yang mencurigakan dari ruang berkenaan sebelum membuat pemeriksaan dan menemukan mayat itu.

Penemuan tersebut kemudian dimaklumkan kepada Bilik Gerakan Balai Polis KLIA Terminal 2, sebelum Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipanggil ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an dan dipercayai telah meninggal dunia lebih 72 jam.

Bagaimanapun, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan bersama mayat berkenaan.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti mangsa serta punca kematiannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *