ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

Malaysia

Jerebu Makin Teruk Di Kuala Lumpur, Putrajaya, Shah Alam IPU Tidak Sihat

KUALA LUMPUR – Sebanyak 18 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 7 pagi ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Sri Aman di Sarawak merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 189, diikuti Serian (168).

Dua lagi kawasan di Sarawak yang mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Sarikei (152) dan Miri (102).

Di Lembah Klang, Cheras mencatatkan bacaan 159, diikuti Batu Muda (153) serta Putrajaya (152).

Di Selangor, Johan Setia merekodkan bacaan 155, manakala Shah Alam mencatatkan 153 dan Petaling Jaya (147).

Seremban, Negeri Sembilan pula merekodkan bacaan IPU 104.

Di Pulau Pinang, Seberang Perai mencatatkan bacaan 156, diikuti Minden (154) dan Seberang Jaya (152), manakala di Perak, Taiping merekodkan bacaan 154, Tasek Ipoh (133) dan Seri Manjung (106).

Sungai Petani di Kedah turut mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu 152.

Sebelum ini, Jemaah Menteri memutuskan untuk meneliti semula skala dan lokasi sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini susulan keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan termasuk Putrajaya, Kuala Lumpur dan Sarawak.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan keadaan cuaca berjerebu dijangka berlaku di Sabah mulai Sabtu ini, manakala kepekatan jerebu yang tinggi berpotensi berlaku di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 31 Ogos.

Menurut MetMalaysia, keadaan itu berdasarkan analisis model ramalan cuaca susulan pengaruh angin barat daya serta jumlah titik panas yang masih tinggi di selatan Sumatera dan barat Kalimantan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *