Pengampunan Najib Ditangguh: Masih Belum Ada Kata Putus.
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan supaya permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.
Perkembangan itu bermakna permohonan berkenaan masih belum diputuskan dan akan dibawa semula untuk pertimbangan pada mesyuarat akan datang.
Najib kini menjalani hukuman penjara selepas disabitkan atas kesalahan membabitkan penyelewengan dana SRC International.
Sebelum ini, Lembaga Pengampunan pada 2024 memutuskan hukuman penjara Najib dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
