Home / Malaysia / LHDN JANGKA KUTIPAN CUKAI 2026 PECAH REKOD, ATASI RM203.9 BILION

LHDN JANGKA KUTIPAN CUKAI 2026 PECAH REKOD, ATASI RM203.9 BILION

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjangkakan kutipan cukai bagi tahun 2026 mencatat rekod baharu, mengatasi RM203.991 bilion yang direkodkan pada tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Abu Tariq Jamaluddin berkata, jangkaan itu didorong perkembangan ekonomi negara yang positif, termasuk pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi lima peratus.

Pada 2025, kutipan cukai negara buat pertama kali melepasi paras RM200 bilion, sekali gus mencatatkan jumlah tertinggi ketika itu.

Malaysia turut merekodkan pertumbuhan KDNK sebanyak 5.5 peratus pada suku ketiga 2026, manakala pertumbuhan bagi sembilan bulan pertama tahun ini mencapai 5.6 peratus.

Dalam perkembangan lain, LHDN turut memperkukuh tanggungjawab sosial menerusi pelaksanaan 11 program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan 12 program tanggungjawab sosial (SR) di seluruh negara.

Menerusi Program Sekolah Angkat MADANI di Sekolah Kebangsaan Batu 38, LHDN menyalurkan sumbangan RM100,000 bagi membaiki infrastruktur, menyediakan peralatan sekolah serta membiayai latihan guru.

Menurut Abu Tariq, pendekatan bantuan tahun ini lebih terbuka bagi memastikan keperluan setiap sekolah dan komuniti dapat dipenuhi secara langsung.

Sumber : Buletin TV3

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *