TANAH MERAH – Sebuah ladang sireh seluas lebih dua hektar di Kampung Padang Guchil, Tanah Merah, mencetuskan kebimbangan penduduk apabila kawasan yang dahulunya dipenuhi hutan terbiar kini menjadi kawasan pertanian yang dipercayai diusahakan komuniti Rohingya.
Penduduk mendakwa jumlah komuniti berkenaan meningkat daripada kira-kira 15 orang lebih 10 tahun lalu kepada hampir 100 orang ketika ini. Mereka bimbang pertambahan itu boleh memberi kesan kepada kehidupan penduduk asal sekiranya berterusan.
Tanah berkenaan dipercayai disewa daripada pemilik tempatan, manakala hasil tanaman sireh dikatakan dijual kepada pemborong di Kota Bharu. Penduduk turut mendakwa terdapat rumah sewa yang didiami komuniti berkenaan di sekitar kawasan itu.
Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa Kelantan telah menyita kawasan ladang sireh dan sebuah kediaman yang masih dalam pembinaan selepas pemeriksaan mendapati terdapat isu berkaitan syarat penggunaan tanah serta pembinaan tanpa kebenaran.
Isu ini turut menimbulkan persoalan tentang pemantauan penggunaan tanah dan tanggungjawab pemilik yang menyewakan hartanah kepada pihak lain.
Sumber/ Foto : Metro









