Home / Malaysia / Belanjawan 2027: RM8 Bilion TVET Perkasa Industri Penerbangan

Belanjawan 2027: RM8 Bilion TVET Perkasa Industri Penerbangan

KUALA LUMPUR – Peruntukan RM8 bilion bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi Belanjawan 2027 dilihat mampu membantu memperkukuh industri penerbangan dan automotif negara, khususnya dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Ketua Pegawai Insan Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG), Amran Mohd Tomin berkata, peruntukan merentas kementerian itu selari dengan keperluan industri penerbangan yang memerlukan tenaga kerja berkemahiran serta mampu menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi.

Selain itu, peruntukan RM500 juta kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dan dana RM3 bilion menerusi HRD Corp berpotensi memperluas program peningkatan kemahiran serta latihan semula pekerja.

Beliau turut melihat peruntukan RM150 juta kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sebagai peluang untuk membuka ruang lebih luas kepada belia India menceburi sektor penerbangan.

Pelaburan dalam latihan kemahiran ini penting bagi memastikan tenaga kerja tempatan lebih bersedia memenuhi keperluan industri yang terus berkembang.

Sumber : BERNAMA

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *