NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

Malaysia

Kemalangan Di Kuala Kubu Bharu Ragut 2 Nyawa Termasuk Kanak-Kanak

HULU SELANGOR – Dua individu termasuk seorang kanak-kanak lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal di Jalan Ampang Pecah, Rasa, Kuala Kubu Bharu awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.14 tengah malam itu, kemalangan melibatkan sebuah Proton Waja dan sebuah motosikal.

Pegawai Bomba Kanan I, Hairun Afiza Ahmad berkata, pihak Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa menerima panggilan kecemasan pada jam 12.14 tengah malam sebelum pasukan tiba di lokasi kira-kira 21 kilometer dari balai pada jam 12.35 pagi.

“Komander operasi melaporkan kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Waja dan sebuah motosikal.

“Terdapat tiga mangsa warga tempatan terlibat dalam kejadian ini. Dua daripadanya disahkan meninggal dunia iaitu seorang lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki, manakala seorang wanita mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kematian kedua-dua mangsa disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, anggota bomba turut menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di lokasi kejadian.

Operasi menyelamat membabitkan enam anggota bersama sebuah jentera Compact Fire Rescue Tender (CFRT) dari BBP Bukit Sentosa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *