MEXICO CITY – Pelumba Mercedes, Kimi Antonelli, terpaksa menarik diri daripada sesi media menjelang Grand Prix (GP) Mexico selepas mengalami jangkitan virus.
Mercedes memaklumkan pelumba berusia 20 tahun itu diberikan masa untuk berehat sebagai langkah berjaga-jaga sebelum dijangka kembali menjalani aktiviti pada Jumaat.
Keadaan itu berlaku ketika Antonelli semakin hampir mencipta sejarah sebagai juara dunia termuda Formula Satu (F1).
Kemenangan di Grand Prix Amerika Syarikat sebelum ini membolehkan pelumba Itali itu melebarkan jurang kepada 123 mata di hadapan rakan sepasukan, George Russell.
Antonelli hanya memerlukan penamat di kedudukan sembilan teratas dalam perlumbaan Ahad ini untuk mengesahkan kejuaraan dunia, walaupun Russell memenangi perlumbaan tersebut.
Sekiranya berjaya, Antonelli bakal memecahkan rekod Sebastian Vettel sebagai juara dunia termuda dalam sejarah F1.
Sementara itu, pelumba Cadillac, Valtteri Bottas, turut terlepas sesi media selepas dilaporkan kurang sihat, namun pasukannya memaklumkan keadaan itu belum menjejaskan penyertaannya dalam baki perlumbaan.
Sumber: Reuters / Astro AWANI









