ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

Malaysia

85 peratus pesalah Ops PEWA di Kelantan libatkan Rohingya – JPJ

KOTA BHARU, 18 Jun – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mendedahkan kira-kira 85 peratus warga asing yang dikenakan tindakan dalam Operasi Pemandu Warga Asing (Ops PEWA) sejak Januari lalu terdiri daripada etnik Rohingya.

Menurut Pengarah JPJ Kelantan, majoriti mereka dikesan memandu tanpa lesen sah selain melakukan pelbagai kesalahan lain termasuk penyalahgunaan lesen kenderaan motor (LKM), cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 180 kenderaan diperiksa dengan 201 notis dikeluarkan melibatkan 439 kesalahan. Daripada jumlah itu, 210 kes membabitkan pemanduan tanpa lesen memandu kompeten (CDL), manakala 105 kenderaan turut disita untuk tindakan lanjut.

JPJ turut memaklumkan 34 kes telah dibawa ke mahkamah dengan jumlah denda keseluruhan mencecah RM34,000. Orang ramai diingatkan agar tidak meminjamkan, menyewakan atau menjual kenderaan kepada warga asing yang disyaki pendatang tanpa izin kerana boleh mengundang tindakan undang-undang terhadap pemilik kenderaan.

JPJ Kelantan menegaskan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi memastikan keselamatan jalan raya dan pematuhan undang-undang terus terpelihara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *