SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, tidak menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap pada Khamis, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai kemungkinan pertemuan tersebut berlangsung.
Perkara itu disahkan Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Fasha Musthafa, yang memaklumkan bahawa Ismail menjalankan tugas seperti biasa dan tidak hadir menghadap baginda pada hari berkenaan.
Sebelum ini, timbul desas-desus bahawa Ismail akan menghadap Tuanku Muhriz bagi menyembah maklum mengenai hala tuju Belanjawan Negeri Sembilan serta mendapatkan pandangan dan perkenan awal baginda berhubung persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Persidangan DUN negeri itu dijadualkan berlangsung pada 26 November, manakala pembentangan belanjawan negeri ditetapkan pada 27 November ini.
Perkembangan itu turut menjadi perhatian susulan video tular yang memaparkan Tuanku Muhriz menegur Ismail secara terbuka ketika baginda berada di sebuah masjid di Kuala Pilah sebelum ini.
Dalam rakaman tersebut, baginda mempersoalkan tindakan Ismail berhubung surat kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menyatakan baginda bukan lagi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan









