Cristiano Ronaldo semakin hampir mencipta sejarah sebagai pemain bola sepak pertama yang mencapai 1,000 gol sepanjang karier profesional selepas meledak hatrik ketika membantu Al-Nassr menewaskan Al-Kholood 5-3 dalam saingan Saudi Pro League 2026/27.
Penyerang berusia 41 tahun itu menjaringkan tiga gol pada minit ke-66, 72 dan 81 dalam aksi di Al-Awwal Park, sekali gus meningkatkan jumlah jaringan kariernya kepada 985 gol.
Keputusan itu menyaksikan Ronaldo hanya memerlukan 15 gol lagi untuk mencapai sasaran bersejarah berkenaan.
Hatrik tersebut turut menjadi yang ke-67 sepanjang kariernya, merangkumi penampilan bersama kelab dan pasukan kebangsaan Portugal.
Kemenangan itu meletakkan Al-Nassr di tangga kedua liga dengan 29 mata, berkongsi mata dengan pencabar utama, Al-Qadsiah.









