KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2026 selama tujuh hari, bermula 4 hingga 10 November, bagi memastikan pengguna mendapat barangan keperluan pada harga berpatutan menjelang sambutan Deepavali pada 8 November.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata sebanyak 11 jenis barangan akan dikawal harganya tahun ini, berbanding sembilan jenis pada tahun lalu. Dua barangan baharu yang ditambah ialah santan dan ubi kentang import dari China.
Barangan lain yang terlibat ialah bawang merah besar, bawang merah kecil India, bawang merah kecil India (Ros), cili merah, daging kambing biri-biri bertulang import, kacang dal Australia, kelapa biji, kelapa parut dan tomato.
Menurut Armizan, pelaksanaan skim itu mengambil kira keadaan pasaran semasa, termasuk permintaan, bekalan dan kos. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turut bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan bekalan mencukupi sepanjang tempoh kawalan harga.
Sumber/ Foto : MalaysiaGazette









