ISU TERKINI · POLITIK · HIBURAN · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK · HIBURAN · SANTAI

MalaysiaTerkini

Irene Sofiya Selamat Dikebumikan, Tinggalkan Impian Yang Belum Sempat Dicapai

BATU PAHAT – Petang Ahad menjadi penghujung perjalanan buat Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, apabila jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Arshad, Yong Peng, kira-kira jam 7.50 malam.

Sebelum itu, jenazah pelajar Tingkatan Empat berkenaan dibawa ke rumah neneknya di Kampung Parit Selamat selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Sultanah Nora Ismail.

Lebih 100 ahli keluarga, saudara-mara, rakan sekolah, guru-guru dan penduduk setempat hadir untuk memberikan penghormatan terakhir. Solat jenazah turut diadakan sebelum Irene dibawa ke tanah perkuburan selepas solat Maghrib.

Pemergian Irene bukan sekadar meninggalkan kesedihan yang mendalam buat ahli keluarga arwah, tetapi juga telah memutuskan impian yang sedang dibinanya. Allahyarhamah dikenali sebagai pelajar cemerlang dan aktif dalam aktiviti sekolah, malah diharapkan memperoleh keputusan 9A dalam SPM tahun hadapan.

Lebih menyayat hati, Irene menyimpan cita-cita untuk menjadi doktor pakar kesihatan awam, mengikut jejak langkah arwah ibunya.

Dalam perkembangan siasatan, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun telah direman selama enam hari sehingga 9 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif dan punca kejadian.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *