Home / Malaysia / IBU MOHD NIZAR KRITIKAL DI ICU, KELUARGA MOHON DOA ORANG RAMAI

IBU MOHD NIZAR KRITIKAL DI ICU, KELUARGA MOHON DOA ORANG RAMAI

KUALA LUMPUR – Ibu kepada Naib Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Mohd Nizar Najib, iaitu Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, kini berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Mohd Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya memohon orang ramai, termasuk sahabat handai, saudara-mara dan kenalan, agar mendoakan kesihatan serta kesembuhan ibunya.

Menerusi perkongsian yang dibuat, beliau memaklumkan keadaan ibunya masih kritikal dan berharap agar Allah SWT mengangkat segala kesakitan, memberikan kekuatan serta mengurniakan kesembuhan buat insan tersayang.

Beliau turut menyampaikan doa agar segala urusan ibunya dipermudahkan, penderitaan diringankan dan diberikan ketentuan yang terbaik.

Dalam masa sama, Mohd Nizar mewakili keluarga menzahirkan harapan agar doa orang ramai terus mengiringi keadaan ibunya yang kini sedang menerima rawatan di ICU

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *