Home / Malaysia / BEKAS ISTERI NAJIB, TENGKU PUTERI ZAINAH MENINGGAL DUNIA PADA USIA 70 TAHUN

BEKAS ISTERI NAJIB, TENGKU PUTERI ZAINAH MENINGGAL DUNIA PADA USIA 70 TAHUN

KUANTAN – Bekas isteri kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, dilaporkan meninggal dunia.

Berita pemergian Allahyarhamah dikongsikan anak sulungnya, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib menerusi Facebook pada Khamis.

Menerusi hantaran tersebut, Nizar meluahkan kesedihan atas kehilangan bondanya selain mengenang kasih sayang, pengorbanan dan doa yang dicurahkan sepanjang hayat.

Beliau turut menitipkan doa agar Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, melimpahkan rahmat serta menempatkannya dalam kalangan penghuni Syurga Firdaus.

“Bonda tetap hidup dalam doa dan ingatan anakanda selamanya,” tulisnya dalam hantaran yang turut disertakan ucapan Al-Fatihah.

Allahyarhamah Tengku Puteri Zainah berusia 70 tahun dan merupakan ibu kepada tiga orang anak, iaitu Nizar, Putri Norlisa serta Mohd Nazifuddin.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan keadaan kesihatan Allahyarhamah yang kritikal sehingga memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU).

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *