ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

Malaysia

Anwar Terima Darjah Kebesaran Kerabat Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kurnia Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (DK) daripada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Istiadat pengurniaan darjah yang membawa gelaran Dato Laila Utama itu berlangsung di Cheradi Laila Kenchana, Istana Nurul Iman, sempena lawatan rasmi Perdana Menteri ke Brunei selama dua hari.

Darjah Kerabat Laila Utama merupakan antara anugerah tertinggi Negara Brunei yang dikurniakan kepada pemimpin negara asing.

Turut hadir pada istiadat berkenaan Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah; Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg; Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Lawatan rasmi Anwar turut bersempena Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 (ALC-27) antara Malaysia dan Brunei.

Selepas istiadat pengurniaan darjah itu, Anwar mengadakan pertemuan empat mata dengan Sultan Hassanal Bolkiah bagi membincangkan beberapa isu yang menjadi kepentingan bersama kedua-dua negara.

Antara perkara dibincangkan ialah isu jerebu rentas sempadan, persempadanan darat dan laut, kerjasama dalam sektor tenaga serta kemudahan laluan bagi penduduk Brunei ke Sarawak dan Sabah.

Kedua-dua pemimpin kemudian menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) berkaitan pengurusan bencana sebagai langkah memperkukuh kerjasama Malaysia dan Brunei dalam aspek keselamatan serta bantuan kecemasan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *