ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

Malaysia

Anwar Ibrahim Jalani Prosedur Perubatan, Dipantau 2 Hari

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang menjalani pemeriksaan kesihatan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan beliau dijangka berada di bawah pemantauan rapi selama dua hari bagi memastikan tahap kesihatannya berada dalam keadaan baik dan stabil.

Menurut kenyataan itu, segala pemeriksaan dan prosedur yang dijalani adalah berdasarkan nasihat serta penilaian pakar perubatan yang mengendalikan rawatan beliau.

“Marilah kita mendoakan agar segala urusan pemeriksaan serta prosedur Perdana Menteri dipermudahkan dan dikurniakan keafiatan yang berpanjangan agar dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat, insya-Allah,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai turut diseru bersama-sama mendoakan agar segala urusan pemeriksaan Perdana Menteri berjalan lancar serta beliau dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *