NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

Malaysia

Agong Zahir Nasihat Kepada KP SPRM, Laksana Amanah Penuh Integriti

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan titah agar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim Aman, melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh integriti dan kebertanggungjawaban.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa usaha memerangi rasuah perlu diteruskan secara konsisten, tegas serta tanpa sebarang pilih kasih bagi memastikan integriti negara dan kedaulatan undang-undang sentiasa terpelihara.

Nasihat itu dizahirkan oleh Sultan Ibrahim ketika berkenan menerima menghadap Abdul Halim di Istana Negara, hari ini.

Sebelum ini, pada 25 April lalu, Seri Paduka Baginda telah memperkenankan pelantikan Abdul Halim, yang merupakan bekas Hakim Mahkamah Tinggi, sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu berkuat kuasa 13 Mei bagi menggantikan Tan Sri Azam Baki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *