Home / Malaysia / ABDUL HADI ZIARAH TUN M, TITIP HADIS RASULULLAH SEBAGAI PESANAN

ABDUL HADI ZIARAH TUN M, TITIP HADIS RASULULLAH SEBAGAI PESANAN

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di kediamannya pada pagi Ahad.

Menerusi hantaran di Facebook, Abdul Hadi memaklumkan beliau turut menyampaikan sebuah hadis Nabi Muhammad SAW kepada negarawan itu sebagai pesanan agar terus bersabar menghadapi ujian.

Hadis tersebut membawa maksud bahawa segala yang diambil dan diberikan adalah milik Allah SWT, manakala setiap sesuatu mempunyai ajal atau ketentuan yang telah ditetapkan.

Ziarah berkenaan turut disertai Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman.

Dalam hantaran sama, Abdul Hadi turut mendoakan agar Dr Mahathir terus diberikan kekuatan dan kesabaran. Beliau juga mengingatkan negarawan itu supaya sentiasa mendoakan isterinya, Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohamad Ali agar beroleh kebaikan berterusan.

Foto : FB Abdul Hadi Awang

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *