ISU TERKINI · POLITIK · HIBURAN · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK · HIBURAN · SANTAI

Malaysia

Ayob Khan Dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM Baharu

MELAKA : Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang baharu bagi tempoh tiga tahun.

Pelantikan itu berkuat kuasa pada 16 September 2026 selepas mendapat kelulusan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Ayob Khan menggantikan Dato’ Husaini Omar yang telah tamat tempoh perkhidmatannya.

UTeM berkata, pengalaman luas Ayob Khan dalam bidang kepimpinan dan pengurusan tertinggi dijangka dapat memperkukuh peranan Lembaga Pengarah dalam menentukan hala tuju strategik universiti.

Ayob Khan mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan berkhidmat hampir 35 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sepanjang kerjayanya, beliau pernah menjawat beberapa jawatan kanan termasuk Ketua Polis Johor, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan Timbalan Ketua Polis Negara pada 2023.

Beliau bersara wajib daripada perkhidmatan PDRM pada Julai 2026.

Pelantikan itu turut dijangka memberi dimensi baharu kepada kepimpinan strategik UTeM, khususnya dalam aspek tadbir urus, jaringan strategik serta pembangunan pendidikan teknikal negara.

Sumber: BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *