ISU TERKINI · POLITIK · HIBURAN · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK · HIBURAN · SANTAI

JenayahMalaysiaTerkini

Polis Nafi Dakwaan MPV ‘Escort’ Kenderaan Curi Kabel

KUALA LUMPUR : Polis menafikan dakwaan tular yang mendakwa sebuah kenderaan Unit Kereta Peronda (MPV) mengiringi kenderaan yang dipercayai membawa kabel curi di Kampung Tasik Tambahan, Ampang, Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, dakwaan bahawa kenderaan polis terbabit bersekongkol dengan pencuri kabel adalah tidak benar.

Menurut beliau, MPV berkenaan bertindak berdasarkan maklumat yang diterima daripada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya. Kenderaan pasukan turut menggunakan lampu beacon mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketika menjalankan tugas.

Tindakan anggota MPV terbabit juga merupakan susulan kepada aduan orang ramai mengenai kejadian tersebut.

Setakat ini, seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam kes curi kabel telah diberkas untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini, rakaman CCTV dari sebuah rumah berhampiran lokasi kejadian tular di media sosial termasuk Facebook dan Threads, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi serta dakwaan daripada warganet.

Sumber : Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *