ISU TERKINI · POLITIK · HIBURAN · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK · HIBURAN · SANTAI

Malaysia

Projek Kampung Angkat MADANI Manfaat 1,000 Penduduk Kuala Pilah

KUALA PILAH – Kira-kira 1,000 penduduk sekitar Kampung Tebat Kering di sini menerima manfaat daripada inisiatif Kampung Angkat MADANI Kementerian Komunikasi yang membabitkan peruntukan RM1 juta.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata peruntukan itu digunakan bagi membina semula Surau Kampung Tebat Kering serta menaik taraf Balai Raya Kampung Bukit Temensu/Kampung Tebat Kering.

Beliau berkata kedua-dua projek berkenaan menyediakan kemudahan lebih baik, selesa dan selamat kepada penduduk setempat untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan.

“Pada awalnya saya sedikit risau kerana spesifikasi asal surau itu mungkin sukar dilaksanakan dalam bajet yang ditetapkan.

“Alhamdulillah, ketua setiausaha dan pasukan di Kementerian Komunikasi berjaya mencari penyelesaian dengan menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS),” katanya.

Datuk Seri Fahmi Fadzil bersama penduduk ketika hadir merasmikan program Kampung Angkat MADANI di Kampung Tebat Kering, Kuala Pilah hari ini. GAMBAR: Facebook Fahmi Fadzil

Beliau berkata demikian selepas merasmikan kedua-dua projek berkenaan di Kampung Tebat Kering, di sini, hari ini.

Projek membina semula surau itu bermula dengan penyerahan milik tapak pada 27 November 2025 dan siap sepenuhnya pada 14 September 2026.

Sementara itu, kerja menaik taraf balai raya bermula pada 17 Oktober 2025 dan siap sepenuhnya pada 26 Disember 2025.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah; Pegawai Daerah Kuala Pilah merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah, Nawal Mohamed Amin serta Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ashwad Ismail.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *