ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

Isu RakyatTerkini

Sultan Pahang bantu mangsa kemalangan di Lebuhraya Pan Borneo

KUCHING: Keprihatinan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang terserlah apabila Baginda berkenan membantu mangsa kemalangan jalan raya di Lebuhraya Pan Borneo berhampiran Kampung Stungkor, Jalan Bau-Lundu, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang ketika Sultan Pahang dalam perjalanan dari Lundu ke Kuching selepas berkenan merasmikan Masjid Al-Sultan Abdullah Telok Melano, Sarawak.

Setibanya di lokasi, Baginda mendapati kemalangan membabitkan sebuah motosikal yang dinaiki pasangan suami isteri dengan sebuah kereta dipandu seorang wanita tempatan.

Prihatin dengan keadaan mangsa, Baginda segera menitahkan supaya ambulans yang mengiringi konvoi membantu membawa kedua-dua mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan agak parah ke Hospital Lundu untuk mendapatkan rawatan.

Dalam keadaan cuaca panas terik, Baginda turut berkenan turun dari kenderaan untuk melihat sendiri keadaan mangsa selain bertanya khabar dan menenangkan mereka sebelum meneruskan perjalanan ke Kuching.

Tindakan spontan Baginda itu mencerminkan keprihatinan seorang Raja terhadap keselamatan dan kebajikan rakyat, tanpa mengira keadaan dan tempat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *