ISU TERKINI · POLITIK · HIBURAN · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK · HIBURAN · SANTAI

Malaysia

WhatsApp Tersalah Sekat Akaun? Meta Akui Ada Kesilapan Teknikal

CYBERJAYA – Kalau akaun WhatsApp tiba-tiba digantung sedangkan pengguna merasakan mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan, besar kemungkinan ia berpunca daripada masalah pada sistem.

Meta mengakui berlaku kesilapan teknikal yang menyebabkan aktiviti pengguna WhatsApp yang sah tersalah dikesan sebagai pelanggaran peraturan.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), lebih separuh daripada kes dalam kumpulan pertama yang dikemukakan kepada Meta didapati terjejas akibat masalah tersebut.

Meta memaklumkan kesilapan itu sudah ditangani pada penghujung September dan akaun pengguna yang sah telah dipulihkan secara proaktif, termasuk sebahagian akaun yang belum membuat rayuan.

Dalam masa sama, Meta menjelaskan tidak akan berlaku sebarang perubahan terhadap dasar penguatkuasaan atau Terma Perkhidmatan WhatsApp.

Bagi akaun yang masih digantung atas sebab lain, antara faktor yang boleh dinilai termasuk nombor telefon kitar semula yang pernah dikaitkan dengan akaun disekat, aktiviti spam atau penipuan serta corak penggunaan yang dikesan melalui sistem keselamatan WhatsApp.

MCMC kini meminta Meta memperbaiki proses rayuan dan pemulihan supaya pengguna yang terjejas mendapat pengesahan, perkembangan semakan serta keputusan yang lebih jelas dan pantas.

MCMC turut menasihatkan pengguna yang berdepan masalah supaya menggunakan saluran rayuan dan sokongan rasmi WhatsApp. Jika penambahbaikan yang diminta tidak memadai, tindakan kawal selia selanjutnya boleh dipertimbangkan.

Sumber : BERNAMA

(3 Oktober 2026)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *