Tun Dr Mahathir dimasukkan ke IJN untuk pemerhatian
KUALA LUMPUR – Sehari selepas kehilangan isterinya, Tun Dr Mahathir Mohamad kini berada di Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani pemerhatian.
Menurut anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir, bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke IJN sejak Selasa, 29 September.
Mokhzani berkata bapanya berada dalam keadaan baik dan tiada sebab untuk dibimbangkan buat masa ini. Katanya, keputusan untuk memasukkan Tun Dr Mahathir ke IJN dibuat bagi membolehkan keadaan beliau dipantau.
“Dua hari yang lalu agak mencabar buat Tun M, tetapi buat masa ini beliau okay dan tiada sebab untuk bimbang,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Tun Dr Mahathir sebelum ini turut berada di IJN menemani Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sepanjang tempoh rawatan sebelum isterinya meninggal dunia pada pagi 28 September pada usia 100 tahun.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 1956 dan tahun ini genap 70 tahun perkahwinan. Mereka dikurniakan tujuh cahaya mata.
Tun Dr Siti Hasmah kemudiannya disemadikan di Pusara Negara, Putrajaya pada 28 September menerusi istiadat pengebumian penuh penghormatan negara.
Sumber : BERNAMA
