NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

Malaysia

Tular Aksi Manja Dalam Kereta Bawa Padah, Bakal Berdepan Saman JPJ

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil tindakan terhadap seorang pemandu dan penumpangnya susulan penularan video memaparkan aksi berbahaya mereka ketika berada di dalam sebuah kereta.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut sebelum tindakan lanjut diambil.

“Kita sedang menyiasat kes ini dan tindakan akan diambil terhadap pemandu serta penumpang terbabit.

“Selepas siasatan selesai, saman akan dikeluarkan mengikut peruntukan undang-undang yang berkaitan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular di platform Threads rakaman yang menunjukkan seorang wanita berada dalam keadaan tidak memakai tali pinggang keledar ketika sebuah kenderaan sedang bergerak.

Malah, wanita berkenaan dilihat melakukan aksi mesra dengan pemandu serta duduk bersandar pada papan pemuka kereta sambil menghadap ke arahnya.

Tindakan pasangan itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang menyifatkan perbuatan berkenaan bukan sahaja melanggar peraturan jalan raya, malah membahayakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

JPJ menegaskan pihaknya memandang serius sebarang pelanggaran peraturan keselamatan jalan raya dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melakukan kesalahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *