Home / Dunia / ‘TRUMP MASIH PRESIDEN ANDA’ – WHITE HOUSE BERI RESPONS SELEPAS DEMOKRAT RAMPAS KONGRES

‘TRUMP MASIH PRESIDEN ANDA’ – WHITE HOUSE BERI RESPONS SELEPAS DEMOKRAT RAMPAS KONGRES

WASHINGTON – Rumah Putih menegaskan Donald Trump masih Presiden Amerika Syarikat (AS) menerusi satu hantaran di media sosial selepas Parti Demokrat mencatat kemenangan besar dalam pilihan raya pertengahan penggal pada Selasa.

Hantaran di akaun rasmi Rumah Putih di platform X itu memaparkan gambar Trump bersandar di meja Resolute dalam pejabat Oval, bersama kapsyen “PSA: Trump is still your President”.

Tangkap layar hantaran White House di platform X – X White House

Kenyataan itu dibuat selepas Demokrat berjaya menguasai kedua-dua Dewan Perwakilan dan Senat, sekali gus menamatkan penguasaan Parti Republikan di Kongres AS.

Kemenangan itu dijangka memberikan Demokrat lebih kuasa untuk menyekat agenda perundangan pentadbiran Trump, memandangkan Republikan sebelum ini hanya memiliki majoriti tipis dalam kedua-dua dewan.

Trump sebelum ini mengakui Demokrat melakukan kempen yang baik, namun mendakwa calon Republikan mungkin memperoleh keputusan lebih baik sekiranya beliau turut bertanding dalam pilihan raya berkenaan.

Beliau turut menyatakan pengundi menyokong dasar AS terhadap Iran, tetapi berkemungkinan tidak bersedia menerima kesan kenaikan harga petrol dalam jangka pendek.

Bagaimanapun, Trump menegaskan keputusan pilihan raya itu bukan satu tamparan terhadap dirinya dan menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Demokrat dalam beberapa perkara, termasuk isu imigresen.

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *