Home / Terkini / Pemimpin Kanan Parti Politik Ditahan JAIS, Identiti Belum Didedahkan

Pemimpin Kanan Parti Politik Ditahan JAIS, Identiti Belum Didedahkan

PETALING JAYA – Seorang pemimpin kanan parti politik berusia 44 tahun ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas disyaki berkhalwat dengan seorang wanita di sebuah kediaman di Petaling Jaya, Khamis lalu.

Menurut sumber yang dipetik Astro AWANI, serbuan dilakukan kira-kira jam 6 petang oleh lima anggota penguat kuasa JAIS. Ketika pemeriksaan dijalankan, lelaki dan wanita berkenaan berada di dalam rumah tersebut.

Kedua-duanya kemudian dibawa ke Pejabat JAIS di Shah Alam untuk proses dokumentasi.

Bagaimanapun, identiti pemimpin tersebut dan parti yang diwakilinya masih belum didedahkan. Setakat laporan tersebut diterbitkan, pengesahan lanjut daripada JAIS juga masih belum diperolehi.

Perkembangan seterusnya masih dinantikan bagi menjelaskan status kes berkenaan.

Sumber : Astro AWANI

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *