NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

Hiburan

Pelakon Veteran Jalil Hamid Meninggal Dunia

Industri seni tanah air dikejutkan dengan berita pemergian pelakon veteran versatil, Jalil Hamid, yang dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada tengah hari tadi.

Berita sedih itu dikongsikan oleh anaknya, Afiqah Jalil, seperti dipetik portal Xtra.

Menurut Afiqah, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya.

“Selepas solat Subuh, ayah tertidur. Kemudian sekitar jam 12.30 tengah hari tadi, ibu pergi periksa ayah dan didapati ayah sudah tiada,” katanya.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan USJ21.

Untuk rekod, Allahyarham sebelum ini mempunyai sejarah penyakit jantung dan merupakan antara pelakon yang cukup dikenali dengan lakonan berkesan dalam pelbagai naskhah drama.

Antara karya lakonan yang pernah dibintanginya termasuk Baginda, Calon Syurga, Beca Usang dan Bisik pada tuhan.

Pemergian beliau pastinya satu kehilangan besar buat industri seni tanah air.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *